Sunday, February 15, 2009

PERANAN RELA


Peranan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan negara masih relevan dan tidak pernah hilang fungsinya dalam masyarakat.

pasukan itu yang sebahagian besar anggotanya terdiri daripada sukarelawan masih bersih daripada unsur keganasan melampau yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara.

Masyarakat diharap tidak memperlekeh peranan Rela, sebaliknya mengiktiraf sumbangan besar yang telah dimainkan pasukan itu terutama memeriksa dan menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI).

RELA ditubuhkan atas semangat kesukarelaan. Itulah yang menjadi asas kekuatan pasukan RELA sehingga hari ini. RELA tidak memberikan sebarang imbuhan atau ganjaran atau elaun kepada mana-mana anggota RELA sebagaimana yang diamalkan oleh pasukan-pasukan sukarela yang lain.

Seseorang itu hanya akan diberi bayaran elaun sebagai ganti hilang mata pencarian sekiranya menghadiri kursus-kursus yang diadakan di Pusat-Pusat Latihan RELA Wilayah.Selain itu, anggota RELA yang mengikuti operasi atau tugas-tugas berbentuk operasi akan dibayar elaun berdasarkan pangkat dalam pasukan RELA. Elaun ini akan dibayar selama lapan jam maksima bagi satu-satu kursus

No comments: