Friday, February 13, 2009

Peranan Kemas


Gerakan Desa Wawasan (GDW) merupakan gerak kerja yang berteraskan konsep dan pendekatan pembangunan komuniti dan bertujuan bagi mempertingkatkan keupayaan serta tahap pembangunan komuniti desa dalam merealisasikan matlamat Wawasan 2020.

GDW menerajui usaha untuk merubah minda dan menggembleng faktor sumber manusia kearah memacu pembangunan masyarakat dan negara. Dengan berteraskan pembangunan homocentric, GDW menjadi landasan untuk menggilap potensi dan meningkatkan pendayaupayaan komuniti desa dalam membangunkan diri serta memperkukuhkan dayasaing bagi menghadapi cabaran mendatang.

Penyelia dan Pemaju Masyarakat (PPM KEMAS), Bahagian Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah), merupakan kakitangan agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab dalam merealisasikan dan melaksanakan program-program pembangunan komuniti khususnya dikalangan masyarakat desa di Malaysia.

Peranan PPM KEMAS sebagai penggerak GDW dilihat penting dan kritikal dalam konteks kedudukan dan fungsi mereka sebagai barisan hadapan untuk membawa perubahan dan pembaharuan.

Menjalankan peranan sebagai penggerak GDW memerlukan mereka melaksanakan pelbagai kategori peranan meliputi peranan sebagai penggerak perubahan, penyelidik, pembantu proses dan penghubung sumber berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan.

Faktor-faktor tersebut meliputi kefahaman terhadap GDW, latihan dan kemahiran, komitmen, urustadbir JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung), birokrasi pentadbiran dan pertalian politik.

Faktor kefahaman terhadap GDW, latihan dan kemahiran, komitmen dan birokrasi pentadbiran berada pada tahap yang tinggi.

Tiga daripada faktor berkenaan iaitu faktor latihan dan kemahiran, komitmen tugas serta urustadbir JKKK didapati mempunyai perkaitan yang signifikan dengan beberapa peranan penggerak GDW.

No comments: